Thursday, January 26, 2012

Agenda Musuh Islam

Agenda mereka untuk menjatuhkan Islam

5 F

1. Food

Betapa banyaknya pilihan makanan yang terdapat di pasaran sekarang
Terutamanya makanan segera
'banyaknya pilihan makanan' tu, berapa je yang berkhasiat
Kebanyakannya? *u know the keburukan kannn
Dah tu, makan bukannya sikit
Yang tu nak yang ni nak

Kisah Nabi Yahya a.s. dan iblis laknatullah.

Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun bertanya: "Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?". Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: "Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya".

   Lalu Yahya a.s. bertanya: "Adakah bahagian aku didalamnya?". Berkata iblis: "Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir". Bertanya Yahya a.s. lagi: "Ada apa-apakah selain dari itu bagiku?". Berkata iblis: "Tidak". Yahya a.s. berkata: "Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". Mendengar kata-kata dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: "Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".

2. Finance

Nowadays, betapa mudahnya kita berhutang
Yang tu boleh hutang yang ni boleh hutang
Lebih padah lagi bila hutang itu berbunga *alhamdulillah banyak yang dah ikut syariat-pinjaman islamik dll.

Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari. (HR. Ibnu Babawih dan Al-Baihaqi) 

Jangan menimbulkan ketakutan pada dirimu sendiri sesudah terasa olehmu keamanan (ketentraman). Para sahabat bertanya, “Apa yang menimbulkan ketakutan itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Hutang.” (HR. Ahmad) 

Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik dalam membayar hutangnya. (HR. Bukhari)

3. Fun

Yang ni paling parah rasanya
Hedonisme perkataan tepatnya


Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
Surah Al'Ankabut. Ayat 64


Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
Surah AlAn'aam. Ayat 32

4. Film

Kadang-kadang kita tak prasan *slalu kot?
Mesej di sebalik penyampaian
Even dalam crita cartoon pon depa selitkan
Nak hurai panjang-panjang
Maaf tak punya kesempatan
Pi la tengok The Arrival *video kat youtube yg ada byk part tu




5. Fesyen

Mangsanya?
Muslimah la kan
Banyak dedah dari tutup
Banyak tunjuk dari sorok
Banyak tayang jadi hiasan

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya“ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

wallahu'alam



sumber: Tanyalah Ustaz TV9 , Mr. Google

Jawapan Rasulullah GS

GS
ape tu ape tu
bahasa time skolah dolu dolu
gila seks
yes it is

as muslims,
apa jawapan anda
kalau ada yang tanya
alasan mereka
kerana Rasulullah s.a.w ramai isteri...

mudah ja
1. kalau gila seks buat apa baginda kahwin,ye dop? :) *orang gila seks simply change their partner kannn
2. kalau gila seks buat apa baginda kahwin dengan yang berusia,ye dop? :)



sumber: Tanyalah Ustaz TV9

Wednesday, January 25, 2012

Maksud-maksud Bacaan dalam Solat

5 kali sehari sekurang-kurangnya di darabkan dengan Hari dan Tahun kita semenjak cukup umur sehingga Penghujung Usia kita,adakah ada sebab kita tidak boleh memahami Maksud-Maksud ini lagi?Ya Allah bantulah kami. 

Allah Maha Besar

DOA IFTITAH

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri
dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


AL-FATIHAH

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

BACAAN KETIKA RUKUK

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

BACAAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

BACAAN KETIKA IKTIDAL

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


BACAAN KETIKA SUJUD

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

BACAAN KETIKA DUDUK DIANTARA DUA SUJUD

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

BACAAN KETIKA TAHIYAT AWAL

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

BACAAN KETIKA TAHIYAT AKHIR

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


DOA QUNUT

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

والله اعلم,

Penghayatan bacaan yg disertai perngertian dgn makna bacaan dlm solat benar2 memberi seribu penghayatan,kusyu dan kemanisan dalam solat.
Tidak disangkal lagi khayal terhadap Allah ini mncipta sifat ikhlas & cinta akan Nabi dan mengenal Allah dgn sebaiknya.

Semoga Allah menunjukkan Jalan Kebenaran yang sebenarnya dan Memakbulkan Doa-Doa di dalam Solat, InsyaAllah.


*copy paste




sumber: facebook

Jom Tengok The Arrival


It’s sem break!!!
Siapa tak suka?
Siapa tak gembira?
Masa untuk bersuka ria!
Sampai satu tahap bosan pula menjelma...
Many people choose to watch movie

I choose to watch video
The Arrivals *famous niii
It's a long video
And, it's comprises of many videos
Duration? *not so sure because i just started it and haven't complete it
But it is not as short as other typical videos
Video of many videos
Faham x?
Simpler words,
The Arrivals ni are videos
yang pendek-pendek
bersambung-sambung

kat Youtube ada
must watch videos ni!
open your eyes your heart your mind
don't just look but try to synthesize

Some facts bout this video:
~yang buat video ni diugut bunuh
~ada non-muslim yang watched it, masuk Islam


Tuesday, January 24, 2012

Facebook


Bicara tentang alam maya
tentang kesannya ke atas study ana

Let’s flash back to standard six *in other words primary school
Yeah, hidup penuh suka ria
Dengki dendam x pernah ada
Hati budak kecik kan memang mulia
Online? Ohouhhh
Emel ana pon tak wujud lagi
Nak p cyber cafe jauh sekali
Tak dak facebook pon lagi
UPSR? Alhamdulillah menggembirakan hati

Step up to form three *in other words secondary school
Oke, rumah ana lambat up to date la
Astro ngan internet tak dak lagi
And yet,
I’m finishing my study kat hostel la
Time ni emel ana dah ada kot
But still,
tak dak facebook pon lagi
PMR? Alhamdulillah menggembirakan hati

Let’s move to  form 5 *in other words upper form
Time ni rumah dah maju
Astro ngan internet dah ada tau
Facebook? Dah ada jugak tau *time ni byk guna myspace lagi
SPM? :/

And then my steps continue to matriculation
Yeah, dengan semangat membara-bara
Berkobar-kobar
Yelah budak MRSM mana yang happy
Kalau SPM xscore straight A’s?
Kalau xguna chances yang melimpah ruah tuk further study in better path?
Kalau dan kalau...
But, past is past kan?
Without laptop,
And yet,
Without facebook,
FINAL? Alhamdulillah menggembirakan hati

And now, i’m stepping in my degree path
Yes, budak U memang bawak laptop
Facebook?
Dah tak jadi keperluan!
It’s kewajipan!
FINAL? *of sem 1 :/

Ini hanya satu perkongsian
Bukan nak bias atau nak burukkan
Kalau-kalau nak jadikan teladan
Lain orang lain pandangan
Ana hanya berkongsi pandangan
Facebook skarang dah jadi keperluan
Kita kena pandai-pandai gunakan




Monday, January 23, 2012

Tak Mudah

Seorang Islam tak tentu masuk syurga
namun
penghuni syurga tentunya orang Islam

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Semua umat ku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Baginda ditanya: “Siapakah yang enggan?” Baginda bersabda: “Sesiapa yang taat kepada ku ia masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku ia masuk neraka.”
(al-Bukhari)

masuk syurga
tak mudah macam masuk rumah
yang hanya perlu mengorak langkah
untuk lepas dengan mudah

hakikatnya
langkah ke syurga
penuh onak dan duri
yang perlu ditempuhi

cekallah wahai hati
istiqamahlah wahai diri
kejarlah yang abadi
di sisi Ilahi





*baru lepas baca kisah murtad. Na'uzubillahiminzaalik

Ceritera Sulung


Ini bukan yang pertama
Ini yang ketiga
Sebab?
Lupa kata kuncinya
;)